Jelas Kamal, dia tidak sabar menantikan hari bahagia mereka namun dalam masa sama masih mempersiapkan diri untuk bergelar suami.
“Saya teruja namun saya kena belajar. Uqasha ada majlis perkahwinan impian sendiri dan saya ikutkan sahaja sebab percaya dengan pilihannya. Saya berharap semua pihak dapat mendoakan yang terbaik.”
Disember tahun lalu, Kamal membuat kejutan apabila melamar teman wanitanya itu secara langsung pada siaran Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME 2020).
“Uqasha Senrose, sudi tak kalau awak menjadi isteri saya?” tanya Kamal sambil melutut. Dia kemudian mengeluarkan kotak berisi sebentuk cincin berlian.
Walaupun agak terkejut, Uqasha menerima lamaran tersebut dengan jawapan “yes!” diikuti sorakan para penonton.
Kisah percintaan pasangan ini mula dihidu sejak mereka bergandingan dalam drama Setelah Terlafaznya Akad tahun lalu. Mereka juga dikatakan telah menghadiri kursus perkahwinan di Pahang ketika penggambaran drama Perempuan Tanpa Dosa.
Baca: “Yes”! Uqasha Senrose Terima Lamaran Kamal Adli Di Pentas AME2020