Segala informasi mengenai malam dunia fesyen terbesar, Met Gala pada tahun ini. Dari tema, tarikh baru hingga ke tuan rumah yang bakal mengacara!
Isnin pertama pada bulan Mei adalah hari yang tidak asing lagi dalam dunia fesyen antarabangsa. Tarikh yang dinanti-nantikan oleh semua golongan selebriti dan pereka fesyen terkenal – Metropolitan Museum of Art’s annual Costume Institute Gala (juga dikenali sebagai Met Gala)! Met Gala adalah majis pengumpulan dana untuk Metropolitan Museum of Art di New York City. Acara ini mengalu-alukan bintang, kreatif muda, dan paragon industri. Walaupun pada tahun sebelumnya (2020) dibatalkan susulan daripada pandemik Covid-19, tahun ini Metropolitan Museum of Art membuka peluang baru untuk sekali lagi menjayakan “fashion’s biggest night out” ini – Met Gala 2021.
Cover: Vogue.com