Met Gala 2021 akan berlangsung pada 13 September.
Tarikh yang agak mengejutkan, walaupun sebelum ini tariknya diadakan pada Isnin pertama pada bulan Mei, namun akibat masih dalam pandemik Covid-19. Menurut Page Six, tarikh biasa untuk malam berprestij ini telah dilanjutkan pada Isnin, 13 September 2021. Ia juga tidak akan berlaku pada hari Isnin pertama bulan itu kerana tarikh tersebut merupakan Hari Buruh.
Juga, tarikh berikut menjadi pilihan kerana pelancaran vaksin yang masih sedang berlangsung. Jadi, tarikh bulan September akan memberi masa yang cukup kepada para tetamu yang dijemput untuk mendapatkan vaksin bagi mengurangkan risiko penyebaran virus COVID-19. Perincian mengenai langkah-langkah keselamatan yang akan dilakukan di acara tersebut masih belum dijelaskan secara terperinci, tetapi ia mungkin akan dijelaskan secara lanjut pada masa akan datang.