Tema pada tahun ini dan juga tahun hadapan (2022) berfokuskan pada penghormatan kepada fesyen Amerika
The Costume Institute akan menganjurkan pameran dua bahagian pertama, bertema American Fashion pada tahun 2021 dan 2022. Bahagian pertama, “In America: A Lexicon of Fashion,” pada 18 September 2021, dan “In America: An Anthology of Fashion,” dibuka pada 5 Mei 2022. Tema untuk kedua-dua acara ini adalah untuk memberi penghormatan kepada fesyen Amerika.
Bahagian pertama Met Gala iaitu pada tahun pertama bulan September ini akan berlangsung secara kecil-kecilan, bagi menyesuaikan dengan garis panduan oleh kerajaan Amerika berikutan pandemik Covid-19. Bahagian kedua pula akan dijalankan dengan lebih besar seperti majlis sebelumnya, yang biasanya memuat sekitar 550 orang tetamu.