Penyair Amanda Gorman bermungkinan akan menjadi tuan rumah bagi Met Gala tahun ini bersama Tom Ford sebagai co-host
Masih belum disahkan, tetapi laporan daripada Page Six menyatakan bahawa Gorman, iaitu penyair pada majlis perasmian presiden Joe Biden merupakan antara individu yang dianggap bakal menjadi tuan rumah. Penyair berusia 23 tahun itu telah meraih populariti sejak dia membawakan karya asalnya berjudul “The Hill We Climb” pada upacara 20 Januari (majlis perasmian presiden Joe Biden).
Sumber berkenaan juga menyatakan bahawa ketua Council of Fashion Designers of America, Tom Ford telah dihubungi untuk bergabung dengan Gorman dan Ketua editor majalah Vogue, Anna Wintour sebagai tuan rumah.
Secara umumnya, tiada hos atau jumlah tetamu yang disahkan secara rasmi, berikutan daripada majlis yang bakal dijalankan adalah secara kecil-kecilan. Tetapi apa yang paling penting adalah Met Gala pada tahun ini sekali lagi bakal berlangsung!
Artikel Berkaitan: Selena Gomez, J.Lo, Foo Fighters Bergabung Untuk Konsert Vaksin Covid-19