“The most exclusive room at the #MetGala? Kamar air!”
Bathroom selfie tahunan yang dinanti-nantikan ini kembali ‘hidup’ hasil inisiatif model Bhavitha Mandava, lengkap dengan kapsyen santai, “Felt cute, might delete later.”
Dan seperti dijangka, gambar ini dipenuhi dengan barisan selebriti A-list yang terus mencetuskan fenomena di media sosial.

Setiap tahun, Met Gala bukan sekadar tentang karpet merah yang dipenuhi gaya couture paling dramatik, tetapi juga momen spontan di sebalik tabir yang sering mencuri perhatian.
Acara eksklusif ini berlangsung di Metropolitan Museum of Art, New York City, sebagai kutipan dana tahunan untuk Costume Institute, menjadikannya antara malam paling berprestij dalam dunia fesyen.
:max_bytes(150000):strip_icc()/Kylie-Group-Embed-da484ca5aecf41d7afcf23ce0d1e81f3.jpg)
Edisi 2026 yang berlangsung pada Isnin pertama bulan Mei menyaksikan mirror selfie kali ini benar-benar mencuri tumpuan apabila ia menghimpunkan barisan “it girls” dalam satu bingkai.
Antaranya termasuk ahli BLACKPINK; Rosé, Jennie, Lisa dan Jisoo bersama Margot Robbie, Ayo Edebiri, Audrey Nuna, Gracie Abrams dan Rachel Sennott.
Selain bathroom selfie Met Gala 2026, ini gambar paling viral yang sedang menguasai internet sekarang.

A$AP Rocky dan Rihanna dilihat memberi reaksi teruja saat terserempak dengan Heidi Klum. Ekspresi mereka yang ‘caught off guard’ namun penuh gaya menjadikan detik ini antara paling menghiburkan.

Sebagai co-chair tahun ini, Venus Williams, Nicole Kidman dan Beyoncé tampil penuh karisma ketika menyambut kehadiran tetamu ke acara paling berprestij dalam dunia fesyen. Trio ini bukan sahaja menghidupkan suasana malam tersebut, malah menetapkan standard gaya dan eksklusiviti sejak dari langkah pertama tetamu memasuki majlis.

Momen ini mencuri perhatian apabila Katy Perry membuat ‘reveal’ mengejutkan kepada Olivia Wilde, seolah-olah memperlihatkan identiti sebenarnya dalam suasana yang penuh gaya dan misteri. Reaksi Olivia yang jelas terkejut menjadikan detik ini lebih dramatik dan menghiburkan!

Bukan sekadar bergaya di karpet merah, trio ini mencuri perhatian apabila mereka ‘bust a move’ di dance floor dengan penuh energi. Tate McRae, Rosé dan Connor Storrie jelas menikmati suasana!

Dalam satu sudut yang lebih santai di Met Gala, Zoë Kravitz, Lily-Rose Depp dan Gracie Abrams dilihat berkongsi momen mesra sambil berbisik dan ketawa kecil, seolah-olah sedang ‘spill the tea’. Walaupun tiada yang tahu apa perbualan sebenar mereka, chemistry trio ini cukup untuk mencetuskan spekulasi netizen.

Apabila tiga nama besar industri muzik ini berkumpul, Rihanna, Ciara dan Katy Perry dilihat seolah-olah berada dalam satu frekuensi yang sama.

Mana satu Heidi Klum? Cuba cari…

Momen ini menjadi antara paling mencuri perhatian apabila empat ahli BLACKPINK, Jisoo, Rosé, Lisa dan Jennie kembali bersama di satu acara berprestij seperti Met Gala.
