Dia kemudian menambah, “Mungkin politik dalaman hotel ini mengajar untuk tidak menunjukkan rasa hormat kepada orang yang datang dari budaya lain selain Asia.
“Ibu bapa saya mengajar saya untuk menghormati semua orang tanpa menghakimi sesiapa. Saya berusia 32 tahun dan telah melawat hampir seluruh dunia, tetapi saya tidak pernah dilayan seperti ini oleh pihak hotel (saya bayar sendiri).
“Selain daripada itu (hotel ini), saya sangat suka dengan budaya di sini, makanannya amat sedap dan penduduknya sangat baik terutama peminat saya! Saya sukakan Seoul!,” tulisnya.
Bagaimanapun pelakon, penyanyi, model dan pereka fesyen itu tidak mendedahkan butiran mengenai layan buruk yang diterimanya.