Tidak lama kemudian, pihak pengurusan Shilla Hotel tampil menafikan dakwaan tersebut dan menyatakan ia sekadar salah faham mengenai isu merokok di dalam bilik hotel.
“Kami juga mempunyai bilik yang membenarkan tetamu merokok. Bagaimanapun kami tidak boleh mendedahkan jenis bilik yang diinapi Michele kerana ia adalah maklumat peribadi. Adalah mustahil untuk pihak hotel memberi layan istimewa kepada orang Asia sahaja.
“Saya rasa terdapat salah faham antara kedua-dua belah pihak. Kami telah menyelesaikan perkara itu dan dimaklumkan dia telah memadam hantaran tersebut dari media sosial.
“Kami akan sentiasa melakukan yang terbaik untuk memastikan tetamu kami tidak mengalami ketidakselesaan,” menurut jurucakap hotel itu.
Baca: Didakwa Bercinta Dengan Khloe Kardashian, Ini Respons Michele Morrone