Khabar angin kuat mengatakan yang pasangan Miley Cyrus dan Liam Hemsworth telah pun berkahwin secara senyap enam bulan lalu di kediamannya di Malibu.
Ia mula menjadi bualan ramai selepas pasangan ini dilihat menyarung sebentuk cincin di jari manis masing-masing ketika mereka keluar dari sebuah kafe di Savannah, Georgia baru-baru ini.
Pasangan selebriti ini dilihat baru selesai membeli kopi di kafe lokal, pada masa yang sama mereka meluangkan masa bersama ibu kepada Miley iaitu Tish Cyrus.
Aktor kelahiran Australia tersebut telah memakai cincin tersebut sejak beberapa bulan yang lalu, meskipun mereka berdua tidak mengesahkan tentang sebarang majlis perkahwinan.
Pada hakikatnya, cincin tersebut dianggap sebagai cincin perjanjian dan pada bulan Ogos lalu, sumber memberitahu TMZ yang mana pasangan itu 100 peratus belum berkahwin.
Tetapi dengan kenyataan sumber tersebut, ia tidak menghentikan spekulasi dari terus berleluasa, lebih-lebih lagi Miley turut dilihat mengenakan cincin pertunangannya dengan sebentuk cincin lain pada satu masa yang sama.
Namun, majalah NW baru-baru ini telah mendakwa yang juri The Voice tersebut telah pun berkahwin dengan cinta hatinya pada April lalu dalam sebuah majlis tertutup.
Seorang sumber yang tanpa nama memberitahu majalah Australian, “Saya diberitahu yang mana hanya beberapa orang penting sahaja yang hadir di majlis itu dan hanya mereka sahaja yang tahu akan berita sebenarnya.”
Sumber itu menambah, “Miley dan Liam belum membuat pendedahan secara umum dan belum merancang akan tindakan tersebut dalam masa terdekat ini.”
Miley dan Liam mula berpacaran selepas penggambaran filem The Last Song pada tahun 2009 dan kemudian bertunang pada tahun 2012 sebelum berpisah setahun selepasnya.
Pada Januari 2016, pasangan ini dikatakan telah kembali bersama dan bertunang tetapi mereka dilihat lebih bersifat peribadi dalam soal perhubungan.
Miley dan Liam masih belum mengesahkan berita yang mereka sudah berkahwin.