Pelantun lagu Wrecking Ball ini melaungkan sokongannya terhadap Britney secara terbuka dan penonton dilihat turut serta demi menunjukkan sokongan padu terhadap penyanyi pop itu.
Lirik asalnya berbunyi, “The taxi man turned on the radio, and a Jay-Z song was on,” namun Miley sempat menjelaskan kepada penonton, “Kita semua sukakan Jay-Z, tetapi kita perlu bebaskan Britney! Ia membuatkan saya tertekan!”
Awal tahun ini, Miley menunjukkan tanda sokongan yang serupa ketika membuat persembahan TikTok Tailgate sebelum berlangsungnya Super Bowl LV. Dia menyanyikan lagu yang sama sambil bersorak kepada penonton, “We love Britney!”