Miley bukan satu-satunya selebriti yang lantang menunjukkan tanda sokongan kepada Britney. Bulan lalu, Justin Timberlake yang merupakan bekas kekasih penyanyi pop itu dilihat mengambil langkah sama.
“Selepas apa yang kita lihat hari ini, kita semua harus menyokong Britney pada waktu-waktu sebegini. Tidak kira apa yang berlaku di masa lalu, baik dan buruk, dan tidak kira walau berapa lama pun ia telah berlaku… Apa yang dilaluinya tidak boleh diterima,” tulisnya di Twitter.
Kenyataan Justin merujuk kepada pendedahan Britney di mahkamah mengenai konservatorinya selama 13 tahun yang dianggapnya sebagai satu bentuk penderaan.
Foto: Denise Truscello/Getty Images
Baca: Justin Timberlake Beri Sokongan Buat Bekas Kekasih, Britney Spears