Baru tiga bulan membuka saluran #EmirAmirah, Mira Filzah dan suaminya, Wan Emir dikurniakan Silver Play Button daripada pihak YouTube kerana telah berjaya mengumpul lebih 100,000 langganan (terkini 170,000 langganan).
“Terima kasih kepada subscibers. Kita dapat 100,000 langganan sangat-sangat cepat. Kita dapat untuk video kedua atau ketiga rasanya. Terima kasih semua. Ini untuk anda juga, kami tidak boleh lakukannya tanpa sokongan anda semua,” kata pasangan sama cantik sama padan ini.
Video pertama yang dimuat naik adalah mengenai majlis perkahwinan mereka dan sehingga kini, saluran #EmirAmirah mempunyai lebih daripada 10 video, termasuk video lama Mira sendiri. Kandungannya berkisar tentang kehidupan seharian mereka termasuk aktiviti memasak, kisah kembara, dan selebihnya mengenai cabaran.
Walaupun ada suara sumbang yang mengecam pasangan ini, namun ia tidak mematahkan semangat Mira dan Emir untuk memuat naik momen indah mereka. Sehingga ke hari ini, kesemua video mereka mendapat lebih ratusan ribu tontonan, dengan dua video pertama mencatat tontonan tertinggi melebihi satu juta.
Ruangan komen video terakhir mereka dibanjiri dengan ucapan tahniah oleh peminat dan ramai meminta agar pasangan ini terus memuat naik video-video menarik.
Baca: Bunga Citra Lestari Akui Belum Bersedia Mencari Pengganti