Setelah hampir dua tahun mengikat tali pertunangan, akhirnya penyanyi Misha Omar bakal mengakhiri zaman bujangnya dengan juruterbang Penerbangan Malaysia (MAS), Firos Ezzwan Rossly. Penyanyi yang berasal daripada Kota Bharu Kelantan ini, memilih bulan Februari kerana ia merupakan ulang tahun kedua pertunangan mereka dan baginya bulan Februari adalah bulan yang sangat manis. Mungkin kerana ia adalah bulan Valentine!
WAJAH SELEBRITI TANPA MEKAP >>
Gambar: fitrihadi.com
AWI RAFAEL DAN HANEZ SURAYA PUTUS CINTA >>
Walau bagaimanapun, mereka masih tidak menetapkan tarikhnya kerana kedua-duanya sibuk dengan kerjaya masing-masing. Mereka akan berbincang mengenai hal ini selepas Raya nanti. Misha sememangnya mahu majlis diadakan di Kuala Lumpur memandangkan ramai rakan dan peminatnya berada di ibu kota. Tetapi dia akur dengan permintaan keluarga untuk mengadakan majlis pernikahan di negeri kelahirannya.
SELAMAT PENGANTIN BARU PIERRE ANDRE >>
Gambar: berita-harian-anda.blogspot.com
COMELNYA BABY ZAHIRIL ADZIM DAN SHERA AIYOB >>
Misha turut menafikan yang perkahwinannya tertangguh disebabkan dia masih menunggu surat cerai daripada Jabatan Agama. Dia merasa kesal dengan khabar angin ini kerana dia tidak pernah berkahwin sebelum ini. Misha yang sudah bertapak di dalam industri seni selama 11 tahun, bakal melancarkan album keempatnya dan baru sahaja dilantik menjadi duta Colorland Paints baru-baru ini.