Kim memohon agar status ‘suami isteri’ dileraikan segera mengikut undang-undang memandangkan “tiada lagi sebab untuk dia memegang gelaran itu,” menurut peguamnya.
“Perbezaan serta ketidaksefahaman telah membawa kepada keretakan rumah tangga dan tiada satu pun peluang untuk menyelamatkan perkahwinan mereka sama ada melalui kaunseling mahupun cara lain,” tambah peguam.
Melalui permohonan yang difailkan, usahawan itu menyatakan bahawa dia dan Kanye “sama-sama berhak mendapat peluang untuk membina kehidupan baharu.”
Dalam dokumen sama, dia memohon kebenaran untuk kembali menggunakan nama Kimberly Noel Kardashian yang mana ia turut diluluskan.