Kim menfailkan perceraian terhadap Kanye pada Februari 2021 selepas tujuh tahun bergelar suami isteri dan berkongsi empat cahaya mata iaitu North, Chicago, Saint dan Psalm.
Minggu lalu Kim menyatakan serangan bertubi-tubi yang dibuat Kanye terhadap dirinya dan teman lelaki, Pete Davidson di media sosial memberinya tekanan emosi.
Dengan menamatkan perkahwinan, dia berharap pelantun lagu Stronger itu akan menerima hakikat bahawa perhubungan mereka telah berakhir dan memudahkan mereka untuk membesarkan anak-anak dengan aman.
Sempena Hari Kekasih bulan lalu Kanye dilihat cuba menarik Kim kembali ke dalam dakapannya dengan mengirim hadiah romantis: Sebuah trak dipenuhi jambangan bunga mawar berserta mesej, “My vision is krystal klear” namun malangnya ia tidak berjaya mencairkan hati Kim.
Foto: Getty Images
Baca: Kanye West Cuba Menggoda Kim Kardashian Pada Hari Kekasih