Israel mula menghantar wakilnya ke pertandingan Miss Universe sejak tahun 1952. Tetapi Miss Israel telah wujud sejak 1950 lagi. Wakil Israel pernah menang mahkota Miss Universe pada tahun 1976 oleh gadis bernama Rina Mor. Ia berlangsung di Hong Kong dan wakil malaysia ketika itu adalah gadis asal Perak, Faridah Norizan. Wakil Israel yang paling popular adalah Gal Gadot, kini bintang filem di Hollywood. Kali terakhir nama Israel dipanggil mara ke pusingan top 15 adalah pada 2005 dan wakil mereka adalah Elena Ralph.