Rick Genest atau Zombie Boy dilaporkan mati bunuh diri di kediamannya di Canada. Lady Gaga turut menyampaikan rasa hiba di atas kematian temannya itu serta menekankan peningkatan kes bunuh diri kerana masalah tekanan perasan.
Genest yang menetap di Montreal, Kanada ditemui mati di kediamannya pada Rabu lalu menurut laporan iHeartRadio Canada. Penyanyi lagu Million Reasons turut berkongsi berita buruk itu menerusi Twitter, mengesahkan yang mana temannya itu telah mengambil tindakan membunuh diri.
https://twitter.com/ladygaga/status/1025171911138004992
“The suicide of friend Rick Genest, Zombie Boy is beyond devastating. We have to work harder to change the culture, bring Mental Health to the forefront and erase the stigma that we can’t talk about it. If you’re suffering, call a friend or family today. We must save each other,” tulis Gaga di Twitter dalam memberi penghormatan buat model yang juga terkenal dengan peranannya di dalam video muzik Lady Gaga pada tahun 2011.
Genest sebelum ini pernah memainkan peranan di dalam video muzik Gaga iaitu Born This Way. Jelas kelihatan di mana Gaga turut terkesan dengan kematian rakannya itu.
https://twitter.com/ladygaga/status/1025173295539335169
Dalam tweet kedua Gaga, dia menulis “Science tells us that it takes 21 days to form a habit, if you’re suffering from [a] Mental Health issue I beckon for today to be your first day or a continuation of the work you’ve been doing. Reach out if you’re in pain, and if you know someone who is, reach out to them too.”
Genest disahkan mempunyai ketumbuhan di bahagian otak pada usia 15 tahun. Sementara menunggu masa untuk melalui pembedahan, dia mula inginkan kehidupan yang lebih ceria dan mula bereksperimentasi dengan tatu. Demi untuk merawat masalah ketumbuhannya itu, Genest terpaksa membuang 50 peratus dari otaknya. Tidak mahu memikirkan kesakitan yang dialami, Genest terus mendekorasi tubuhnya dengan tatu yang cukup menarik perhatian ramai.
Walaubagaimanapun kini wakil kepada model itu masih tidak memberi sebarang kenyataan penuh lagi mengenai kematian Genest.