Di sebalik persembahan bertenaga dan vokal luar biasa, acara berprestij Anugerah Juara Lagu 39 juga menyajikan pelbagai momen yang mencuit hati, keterujaan dan mencipta kenangan ikonik yang akan diingati peminat.
Anugerah Juara Lagu 39 (AJL39) sekali lagi melakar sejarah sebagai acara muzik paling berprestij di Malaysia, menghimpunkan barisan penyanyi dan komposer terbaik untuk merebut gelaran juara.
Setiap tahun, AJL menjadi tumpuan bukan sahaja kerana persembahan luar biasa para finalis, tetapi juga kerana momen-momen spontan yang sering menjadi buah mulut netizen. Dari kejadian hebat yang tidak dirancang hingga aksi vokal bertenaga para artis yang mencuri perhatian, AJL39 sekali lagi membuktikan bahawa ia lebih daripada sekadar sebuah pertandingan muzik.
Sama ada insiden di atas pentas, reaksi penonton yang mencuit hati, atau interaksi mengejutkan di belakang tabir, semua ini menjadi elemen penting yang menjadikan AJL39 lebih meriah dan hiburan.
Apa agaknya kejutan yang mencuri perhatian kali ini? Jom kita imbas kembali Anugerah Juara Lagu 39!
1. Penampilan istimewa Amelia Henderson di pentas Amir Masdi
Persembahan pertama AJL39, Amir Masdi membuat kejutan pertama dengan membuat kemunculan cameo Amelia Henderson, menambahkan elemen dramatik dengan pukulan kayu besbol pada cermin dan visual yang memukau, sekali gus menjadikan persembahan Amir lebih berkesan dan diingati penonton.
2. Talita menangis hayati lagu Marsha Milan Londoh
Saat Marsha Milan mengakhiri nyanyiannya, kamera TV3 lantas memfokuskan lensa televisyen kepada anak perempuan Shuib & Siti Sarah, Talitaa yang sedang mengesat air mata. Pasti Talitaa merasakan sesuatu yang rapat dan makna jiwanya akan lirik Hening Rindu.
3. Gabungan ikonik ‘Awan Nano’
Dengan vokal bertenaga Hafiz serta aura legenda Herman Tino, persembahan “Terus Bersinar” menjadi salah satu momen yang pasti dirindukan peminat industri muzik tanah air. Kejutan cameo, Herman Tino di pentas ketika Hafiz mengakhiri nyanyiannya membuatkan peminat mengimbau kembali lagu ikonik Awan Nano, yang pernah melonjakkan nama Hafiz sebagai juara AJL pada tahun 2011.
4. Merah menyala Aina Abdul
‘JANTUNG’ itu kata interpresi persembahan Aina Abdul menceritakan kesakitan yang tak terucap, tetapi degupnya bergema mencengkam dalam dada. Persalinan rekaan oleh @melindalooi dan pentas yang menakjubkan melayakkan Aina memenangi Anugerah Persembahan Terbaik AJL39 dengan membawa pulang trofi dan wang tunai RM12,000.
5. Hael jatuh pentas AJL39
Komposer dan penulis lagu ciptaan Hael Husaini, Iqie Hugh berjaya ke peringkat akhir AJL39, dikejutkan dengan satu insiden tidak diduga apabila penyanyi popular, Hael Husaini, mengalami detik cemas jatuh dari pentas ketika membuat persembahan. Kejadian yang berlaku di pertengahan persembahannya itu menyebabkan para penonton terkejut namun Hael tetap menunjukkan semangat profesionalisme apabila bangkit dan meneruskan persembahan dengan penuh dedikasi.
6. Persembahan luar biasa, debut pertama Nadeera
Nadeera Zaini mencipta sejarah dalam kariernya dengan debut luar biasa di Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39). Membawakan lagu Bukan Lagi Kita, penyanyi berbakat ini berjaya menonjolkan vokalnya yang memukau, penuh emosi di pentas berprestij itu dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000.
7. Pemenang AJL 39
Lagu Hening Rindu nyanyian Marsha Milan muncul sebagai juara pada Anugerah Juara Lagu ke 39 (AJL 39) yang disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada Ahad. Marsha Milan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 dan trofi.
Baca : #EHksklusif Siti Saleha dan Joshua Fitton Sah Diijab Kabul Pagi Ini