Golden Globes 2025 kembali mencuri perhatian sebagai salah satu acara anugerah paling dinantikan dalam industri hiburan Hollywood.
Memasuki edisi ke-82, Golden Globes 2025 ini bukan sahaja meraikan kecemerlangan seni dan kreativiti, tetapi juga menjadi platform di mana bintang-bintang terkenal dari layar perak dan televisyen berkumpul untuk memberi penghormatan kepada karya terbaik sepanjang tahun.
Selain meraikan pencapaian terbaik dalam filem dan televisyen, Golden Globes turut dihiasi dengan momen-momen yang mencuit hati, menarik perhatian dan menjadi bualan ramai.
Dari kejutan yang tidak dijangka hingga detik-detik spontan yang mencuit hati, Golden Globes tahun ini membuktikan bahawa ia bukan sekadar tentang anugerah, tetapi juga tentang mencipta kenangan yang akan terus dibualkan.
Apa yang menjadikan Golden Globes 2025 begitu istimewa? Nantikan sorotan penuh mengenai segala yang terjadi di malam penuh glamor ini!
1. Hot couple is here!
Pasangan selebriti Hollywood, Timothée Chalamet dan Kylie Jenner mencuri perhatian ramai dengan kehadiran bersama. Mereka dilihat mesra sepanjang acara, mengukuhkan lagi spekulasi tentang hubungan mereka.
Pasangan ini mencuri perhatian berikutan khabar angin mengenai pertunangan dan kemungkinan – berita kehamilan Kylie, walaupun tiada pengesahan rasmi dibuat. Kedua-dua mereka menikmati suasana glamor acara tersebut bersama rakan-rakan selebriti, menjadikan momen mereka salah satu sorotan malam itu.
2. Akhirnya milik Zoe Saldaña
Zoe Saldaña mencipta kenangan manis di Golden Globes 2025 dengan pencalonan pertamanya untuk peranan dalam filem Emilia Pérez. Filem muzikal ini menampilkan Saldaña sebagai peguam yang mengurus kes rumit melibatkan seorang ketua kartel. Di karpet merah, Zoe memukau dalam gaun labuci coklat rekaan Saint Laurent.
3. Demi Moore masih berbisa di umur 62 tahun
Demi Moore mencuri perhatian di Golden Globes 2025 apabila memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem The Substance. Wataknya sebagai seorang pelakon veteran yang berjuang mengekalkan relevansi telah menarik perhatian ramai. Dalam ucapan kemenangannya, Demi berkongsi kisah peribadi tentang cabaran melawan stereotaip industri dan usaha menghidupkan kembali identiti seninya.
4. Counting days…
Selena Gomez dan Benny Blanco membuat kemunculan pertama sebagai pasangan tunang di Golden Globes 2025. Selena tampak mempesona dengan gaun biru Prada dhiasi rantai berlian, sementara Benny mengenakan sut putih dan dalaman baju renda.
Selena dicalonkan atas peranan dalam Emilia Pérez dan Only Murders in the Building. Dia juga sering ‘show-off’ cincin tunangnya yang berkilauan kepada rakan selebriti, yang mencuri perhatian di karpet merah.
5. Shogun kuasai Golden Globes!
Shogun, siri drama sejarah berdasarkan novel terkenal James Clavell, menerima perhatian besar di Golden Globes 2025. Cerita ini berlatarkan Jepun abad ke-17, mengisahkan perebutan kuasa antara budaya Jepun dan Eropah setelah penemuan sebuah kapal Eropah yang terkandas di Jepun.
Siri ini menerima empat pencalonan di Golden Globes 2025, termasuk untuk Best Television Series – Drama. Selain itu, tiga pelakon utamanya, Hiroyuki Sanada, Tadanobu Asano, dan Anna Sawai, turut dicalonkan dalam kategori individu:
Hiroyuki Sanada dalam Best Performance by an Actor in a Television Series – Drama
Tadanobu Asano dalam Best Performance by a Male Actor in a Supporting Role on Television
Anna Sawai dalam Best Performance by a Female Actor in a Television Series – Drama
Baca : Gaya Selebriti di Palm Springs International Film Awards 2025