Malam penganugerahan Grammy yang ke-67 dihadiri bintang-bintang terbesar di industri musik, ini tidak hanya menghadirkan persembahan memukau dan kemenangan yang mengharukan, tetapi juga momen-momen lucu, menarik dan ikonik yang langsung menjadi topik hiburan di seluruh dunia.
Dari kejutan pentas yang tak terduga hingga interaksi menghiburkan antara para selebriti, Grammy 2025 berjaya memadukan konsep seni muzik dengan sentuhan jenaka dan kejutan yang menghiburkan.
Setiap tahun, acara berprestij ini menjadi pentas untuk para artis dan pempengaruh mempamerkan bakat mereka, namun tidak ketinggalan juga detik-detik lucu, menarik dan ikonik yang memberi sentuhan berbeza kepada acara tersebut.
Dari aksi spontan di pentas, gelagat menggelikan hati di karpet merah, hingga momen ikonik yang membuatkan penonton terkejut, Grammy 2025 memang menyajikan pelbagai kejutan yang tidak akan dilupakan.
1. Beyoncé memenangi Grammy
Beyoncé mencipta sejarah di Anugerah Grammy 2025 dengan memenangi Album of the Year menerusi album Cowboy Carter, serta meraih anugerah Best Country Album. Dalam ucapan penerimaannya, beliau mengucapkan terima kasih kepada keluarga dan kolaboratornya.
2. Shakira is back!
Shakira membuat penampilan di Grammy untuk pertama kali sejak 2007. Kembali ke pentas Grammy untuk pertama kali sejak 2007 dan mempersembahkan persembahan yang penuh tenaga dengan lagu “Ojos Así.” Penyanyi itu juga mempersembahkan “Shakira: Bzrp Music Sessions, Vol. 53.”
Shakira memenangi Grammy pada malam tadi untuk album pop Latin terbaik.
3. Era Kendrick Lamar
Kendrick Lamar meraih kejayaan besar dengan memenangi anugerah Rekod Terbaik Tahun Ini menerusi lagu “Not Like Us.” Kemenangan ini bukan sahaja mengiktiraf impak besar lagu tersebut, tetapi juga mengiktiraf gabungan hebat rap dan komen sosial yang disampaikan. Selain itu, Lamar turut meraih anugerah untuk Persembahan Rap Terbaik dan Lagu Rap Terbaik dengan “Not Like Us”.
Lamar juga mencuri perhatian dengan penampilan uniknya, mengenakan pakaian denim-on-denim yang dikenali sebagai ‘Canadian tuxedo,’ sebuah gaya yang turut mendapat perhatian lucu di media sosial. Gaya ini dipercayai sebagai penghormatan tidak langsung kepada persaingannya dengan Drake
4. Chappell Roan artis baharu
Chappell Roan memenangi Anugerah Artis Baru Terbaik di Anugerah Grammy 2025, mengalahkan pencabar seperti Benson Boone, Sabrina Carpenter, Doechii, Khruangbin, RAYE, Chappell Roan, Shaboozey and Teddy Swims.
5. Persembahan mengejut dari The Weeknd
The Weeknd memberikan persembahan kejutan di Anugerah Grammy 2025, menyanyikan lagu-lagunya “Cry for Me” dan “Timeless,” yang merupakan kolaborasi dengan Playboi Carti dari album terbarunya Hurry Up Tomorrow. Penampilannya yang tidak dijangka mengujakan penonton dan menambah lagi kemeriahan malam tersebut dengan vokalnya yang memukau serta kehadiran pentas yang memikat