Diperkatakan setiap kali musim anugerah tiba, Anugerah Grammy 2026 memperlihatkan satu manifestasi budaya yang kini beralih kepada penyanyi baharu.
Sebuah malam yang menyatukan muzik, fesyen dan pengaruh dalam satu naratif yang signifikan, Anugerah Grammy 2026 didominasi kebanyakkan penyanyi baharu dan tular di media sosial.
Berlangsung pada Ahad, 1 Februari, majlis penuh persembahan yang sukar dilupakan, serta kemenangan anugerah yang akhirnya mengiktiraf bakat artis kegemaran ramai.
Apa yang terjadi di Grammy 2026?

Rosé mencipta sejarah sebagai penyanyi solo K-pop pertama yang membuat persembahan di pentas Anugerah Grammy.
Ahli BLACKPINK itu turut dicalonkan untuk tiga anugerah pada malam berprestij tersebut, termasuk kategori utama Record of the Year dan Song of the Year menerusi lagu hitnya, “APT.”. Walaupun pulang tanpa membawa pulang trofi, Rosé tetap melakar detik bersejarah apabila tampil membuat persembahan secara langsung di majlis berkenaan.
Ketika upacara berlangsung, Rosé naik ke pentas bersama Bruno Mars untuk mempersembahkan lagu tersebut, sekali gus menobatkannya sebagai artis solo K-pop pertama yang pernah membuat persembahan di Anugerah Grammy.

Justin Bieber membuat persembahan hanya seluar dalam sutera. Yup, he is.
Walaupun menerima empat pencalonan, Justin Bieber pulang tanpa sebarang trofi namun penyanyi itu tampil dengan momen ikonik. Persembahan yang sangat intim untuk lagu hitnya, “Yukon,” sambil hanya mengenakan seluar dalam sutera di atas pentas.
Satu langkah berani yang pastinya menjadi bualan.

“ICE OUT” oleh selebriti.
Selebriti seperti Kehlani, Bon Iver, pasangan Bieber dan lain-lain memakai pin “ICE OUT” di karpet merah, sehinggalah Bad Bunny dan Billie Eilish yang menggunakan ucapan mereka untuk menentang kekerasan oleh ICE, industri muzik secara terbuka menyatakan sokongan mereka terhadap komuniti imigran di seluruh negara pada majlis tersebut.

Sabrina Carpenter membawakan produksi yang luar biasa di Anugerah Grammy.
Bayangkan perjalanan udara terasa menyeronokkan dan selesa, itulah gambaran tentang persembahan Carpenter untuk lagu “Manchild.” Dia kebanyakan masa berdiri di atas troli bagasi, mengenakan pakaian serba putih bertemakan juruterbang (tanpa seluar, sudah tentu).
Set pentas yang mengasyikkan ini kemudian diikuti dengan persembahan hebat daripada Tyler, the Creator dan Lady Gaga. Memang menyeronokkan melihat konsep visual yang kreatif menghiasi malam Ahad!

Kemenangan pertama buat Lola Young dan Olivia Dean.
“Saya tak tahu nak cakap apa sebab saya tak sediakan ucapan!” kata Lola Young dengan manis ketika naik ke pentas untuk menerima anugerah Best Pop Solo Performance.
Lebih menyentuh hati, Olivia Dean menangis teresak-esak selepas memenangi anugerah Best New Artist lebih awal malam itu, mengingatkan penonton, termasuk yang skeptikal, betapa kuatnya impak melihat wajah baharu diterima dalam liga besar muzik.

Bad Bunny “direbuti”.
Ingat lagi waktu semua orang cuba bergambar dengan Beyoncé di Grammy 2024? Atau bergambar dengan Chappell Roan pada Grammy 2025? Tahun ini, senarionya sama berlaku dengan Bad Bunny.
Bintang Puerto Rico itu mengenakan sut Schiaparelli, menjadi tumpuan utama dan ramai selebriti cuba bergambar di sisinya. Antara yang sempat bergambar dengan Benito termasuk Rosé, Sabrina Carpenter, Miley Cyrus, Billie Eilish, pasangan Bieber, Reba McEntire, dan ramai lagi.

Lady Gaga… She cooked!
Berbeza dengan Grammy tahun lalu di mana Gaga menempah satu slot iklan penuh untuk menayangkan video muzik Abracadabra, kali ini dia membawakan lagu tersebut dengan ensembel rock kecil, termasuk produsernya Andrew Watt di gitar dan Gaga sendiri di papan kekunci Roland vintaj.
Kepala Gaga tersangkut dalam bakul rotan ala syaitan, sambil dia menari dengan gaya “cakar raksasa” dan meniarap di lantai.

Dari TikTok ke Grammy : Addison Rae dan Alex Warren.
Addison Rae dan Alex Warren mula terkenal melalui TikTok, malah kedua-duanya adalah ahli Hype House, kumpulan yang mencipta selebriti sewaktu lockdown Covid.
Dalam beberapa tahun terakhir, kedua-duanya mula mencuba nasib dalam kerjaya pop.
Alex Warren mencatatkan single terlaris UK 2025 dengan lagu Ordinary, sebuah lagu untuk isteri tercinta, Kouvr, yang meninggalkan rumah untuk bersama Warren ketika dia hidup merempat di jalanan LA.
Addison Rae pula mendapat inspirasi daripada Charli XCX dan Britney Spears, menghasilkan album debut yang daring dan sangat ketagihan.
Kedua-duanya dicalonkan untuk Best New Artist, sekali gus memberi peluang untuk membuat persembahan di Grammy.
