Antara majlis berprestij yang paling dinantikan, Met Gala 2024 berlangsung dengan meriah dengan tema “Sleeping Beauties: Reawakening Fashion,” dengan kod pakaian “The Garden of Time” menyaksikan genre busana yang penuh liritan bunga, alam semula jadi dan puisi emosi fesyen.
Dikala Met Gala 2024 sedang berlangsung, pastinya ada cerita disebalik tabir yang menghiburkan dan menarik. Diadakan di Muzium Seni Metropolitan, sebilangan besar nama terbesar Hollywood telah memeriahkan majlis dengan gaya unik dan hebat mereka.
Kebanyakan bintang hadir dengan fesyen literal dan mengikut tema diberi, mengambil inspirasi daripada bunga, kelopak, dahan dan daun manakala yang lain bermain-main dengan tema masa dan sejarah cerpen puisi tersebut.