5. Zendaya “is giving‘
Bukan sekali, tetapi dua kali Zendaya membuat kejutan!
Zendaya memberikan All of her soul pada majlis kemuncak Met Gala 2024 apabila dia tampil dalam 2 busana haute couture tersuai dari Maison Margiela Artisanal oleh John Galliano.
Pada belah malam pula, Zendaya membuat penampilan kedua yang mengejut di permaidani daripada koleksi haute-couture pertama John Galliano untuk Givenchy pada Januari 1996 dan dibeli daripada Lily et Cie, butik Beverly Hills yang terkenal.
Pengasas Lily et Cie, Rita Watnick memberitahu bahawa penggaya fesyen Zendaya, Law Roach tiba di kedainya pada bulan Mac lalu dan meminta ingin menggayakannya di acara malam Met Gala 2024.