Guess who’s back? MET GALA!
Acara fesyen yang paling dinanti-nantikan, Met Gala 2026 kini kembali mencuri perhatian dunia, berlangsung penuh glamor di Metropolitan Museum of Art pada 4 Mei 2026.
Untuk edisi kali ini, tema “Costume Art” dengan dress code “Fashion Is Art” menjadi inspirasi utama, mengangkat fesyen sebagai karya seni hidup.
![Met Gala 2026 Red Carpet Arrivals: See Every Look [Photos]](https://people.com/thmb/BE1-rKbQvQNzqwHuMm5Rq4nZLzk=/4000x0/filters:no_upscale():max_bytes(150000):strip_icc():focal(624x0:626x2)/anna-wintour-met-gala-arrivals-2026-0df7fb95364c4ca2aa2b9b3ec93f0a93.jpg)
Malam penuh glamor ini dipimpin oleh barisan hos ternama seperti Beyoncé, Nicole Kidman, Venus Williams serta figura berpengaruh dalam dunia fesyen, Anna Wintour sebagai co-chair.
Namun seperti biasa, acara ini bukan hanya tentang siapa paling bergaya, ia juga menjadi pentas kepada momen lucu, menarik dan ikonik yang spontan, yang akhirnya menjadi topik hangat di media sosial dan perbualan global.
MET GALA 2026 tahun ini, siapa yang mencuri perhatian dengan momen dan kejutan yang tak dijangka?

Kebangkitan Bollywood oleh Isha Ambani
Isha Ambani kembali dengan penampilan keenamnya di Met Gala dalam gaya saree emas rekaan avant-garde oleh Gaurav Gupta, digayakan oleh Anaita Shroff Adajania. Penampilannya dihiasi perincian lukisan tangan, sulaman halus serta drape berstruktur, lengkap dengan permata berlian dan zamrud daripada koleksi peribadinya. Lebih mengagumkan, keseluruhan gaya ini menampilkan lebih 1,000 batu permata dengan jumlah berat melebihi 1,800 karat, menjadikannya antara penampilan paling mewah malam itu.

Selepas 10 tahun, Beyoncé hadir bersama Blue Ivy
Selepas 10 tahun, Beyoncé akhirnya kembali ke karpet merah Met Gala sejak penampilan terakhirnya pada 2016, dan kali ini sebagai co-chair bersama Nicole Kidman, Venus Williams dan Anna Wintour. Lebih mencuri perhatian, beliau hadir bersama anak sulungnya, Blue Ivy Carter, 14, yang membuat debut Met Gala. Beyoncé tampil dalam busana sarat perincian rekaan Olivier Rousteing, menjadikan kemunculan duo ibu dan anak ini antara momen paling ikonik dan dinanti-nantikan malam tersebut.

The bubbly girl, Eileen Gu
Atlet Olimpik Eileen Gu mencuri perhatian di Met Gala 2026 dengan interpretasi unik tema “Costume Art” menerusi gaun bubble pendek rekaan Iris van Herpen. Dikenali dengan sentuhan “tech-couture”, gaun ini dihiasi lebih 15,000 gelembung kaca dan mengambil masa kira-kira 2,550 jam untuk disiapkan! Lebih menarik, penampilannya turut dilengkapi elemen buih gelembung sebenar yang terapung di sekelilingnya, menjadikan gaya ini gabungan seni, teknologi dan unsur whimsical yang benar-benar luar biasa di karpet merah.

Momen ibu dan anak; Sunday Rose Kidman Urban dan Nicole Kidman
Pasangan ibu dan anak, Nicole Kidman dan Sunday Rose Kidman Urban, turut mencuri perhatian di Met Gala 2026 dengan kemunculan elegan mereka. Sunday Rose, 17, membuat debut dalam gaun lilac floral rekaan Dior lengkap dengan siluet kembang dan aksesori sepadan, manakala Nicole tampil anggun seperti biasa. Menariknya, di sebalik momen glamor itu, Nicole sempat berkongsi bahawa anaknya masih perlu ke sekolah awal keesokan pagi, satu sentuhan realiti yang mencuit hati di tengah kemewahan acara tersebut.

Lengkap! Debut pertama BLACKPINK
Buat pertama kalinya, keempat-empat ahli BLACKPINK; Jisoo, Jennie, Rosé dan Lisa tampil bersama di Met Gala 2026, mencipta momen ikonik dengan gaya berbeza mengikut interpretasi masing-masing terhadap tema “Costume Art”. Jisoo mempesona dalam gaun strapless dengan perincian floral, Jennie pula menyerlah dengan gaun biru berkilauan ala mermaid, manakala Rosé memilih gaya elegan dalam busana hitam bersama aksesori statement. Paling mencuri perhatian, Lisa tampil paling berani dengan gaun putih sheer lengkap dengan elemen mannequin arms yang unik, menjadikan penampilan mereka antara yang paling diperkatakan malam itu.
