Anugerah paling fun! Kids’ Choice Awards 2025 kembali dengan slime ikonik, Tyla antara selebriti yang tidak terlepas “diserang” dalam momen paling epik tahun ini!
Kids’ Choice Awards merupakan anugerah tahunan anjuran saluran Nickelodeon yang penuh warna, hiburan, dan paling ikonik, semburan slime hijau! Edisi 2025 sekali lagi mencuri tumpuan apabila ramai selebriti popular “diserang” slime secara mengejut di pentas, termasuk bintang sensasi, Tyla. Jom tengok detik-detik lucu dan mengejutkan sebelum dan selepas mereka dibasahi slime!
Tyla
Tyla bukan sahaja menyampaikan persembahan penuh gaya sebagai hos malam itu, malah turut “dislimed” dengan slime hijau ikonik Nickelodeon selepas menerima trofi Favorite Global Music Star (Africa). Reakasinya yang penuh keterujaan, tersenyum sambil mengangkat trofi “Orange Blimp” di tangannya.
Machine Gun Kelly (MGK)
Machine Gun Kelly (MGK) turut menjadi mangsa slime ikonik Nickelodeon. Semasa dia dan anak perempuannya, Casie, membuat persembahan lagu “Cliché” di pentas utama, hujan slime hijau disembur tepat ke atas mereka—menjadikan momen tersebut sangat spontan dan penuh gelak tawa.
KATSEYE
Kumpulan K‑pop global dari LA, KATSEYE, menjadi antara selebriti yang dislimed – tepat selepas persembahan lagu mereka “Gnarly.” Semasa mereka menyelesaikan persembahan penuh tenaga, slime hijau ikonik Nickelodeon turun dari atas pentas dan membasahi semua ahli kumpulan secara tiba‑tiba
Alex Warren
Alex Warren turut menjadi antara selebriti yang “dislimed” semasa berada di atas pentas, slime hijau yang diletupkan tepat semasa beliau sedang bercakap, menyebabkan dia disimbah hampir sepenuh badan secara spontan.
Salish Matter
Salish Matter dinobatkan sebagai Favorite Female Creator dan semasa menerima trofi “Orange Blimp”nya di pentas Barker Hangar, secara mengejut dia turut dilepaskan green slime khas Nickelodeon.
Jack Black
Jack Black dinobatkan sebagai King of Comedy dan serta-merta disimbah slime hijau ikonik Nickelodeon ketika berada di atas pentas, mencetuskan sorakan penonton dan menjadi momen lucu yang mencuri tumpuan malam itu.
Baca: Tas Tangan Pilihan Selebriti Bulan Jun, Termasuk Taylor Swift!