“Mereka terpaksa menggunakan pemotong hidraulik untuk mengeluarkannya dari kenderaan itu. Dia dalam keadaan sedar. Dia sempat berbual dan bergurau dengan beberapa penyelamat,” jelas satu sumber.
Akibat kemalangan tersebut, Morgan terpaksa memakai sarung tangan kompresi untuk memastikan aliran darah yang baik pada tangan kirinya.
“Saya mengalami kerosakan saraf dan ia tidak pernah pulih. Saya tidak boleh menggerakannya. Jika anda tidak menggerakkan tangan, ia boleh membengkak. Tahu tak anda menggerakkan tangan kira-kira sejuta kali sehari?” katanya pada 2010.
Dia turut berkata keadaan itu menyebabkan kesakitan pada bahagian lengan kirinya. “Itu paling teruk. Ia amat menyakitkan.”
Baca: Insiden Mengejutkan Yang Berlaku Di Pentas Oscar Sejak Lima Dekad Lalu