Penyanyi ini mengumumkan pelancaran lagu tersebut menerusi satu ciapan jenaka di Twitter.
“Saya pada 2020: Hidup secara santai, menulis lagu berdasarkan fiksyen untuk mengelak drama, terasa diri semakin matang.
“Muzik simpanan saya dari tahun 2008, dalam suara goblin: ‘LANCARKAN LAGU MR. PERFECTLY FIIIIIIINE.’”
Dan nampaknya Swift yang baru sahaja melakar sejarah Grammy dengan menjadi penyanyi solo wanita pertama yang memenangi Album Terbaik buat kali ketiga telah menurut suara hati itu.