Melihatkan bait-bait lirik, peminat membuat kesimpulan bahawa jejaka yang dimaksudkan adalah Joe Jonas.
“Taylor Swift terjaga dari tidur pagi ini dan membuat keputusan untuk mencipta hari yang kelam buat Joe Jonas,” tulis seorang peminat di Twitter.
“Saya sangat gembira Taylor melancarkan Mr. Perfectly Fine kerana Joe Jonas nampaknya terlalu selesa sekarang ini,” seorang lagi peminat memberi komen.