Oleh: Farhana Fuad
Gambar: Instagram Fouziah Gous dan Zhafoujr
Pada 26 November lalu menjadi saat manis buat Fouziah Gous dan suami Md. Zhafran menimang cahaya mata pertama mereka. Putera sulung pengacara Nona ini diberi nama Muhammad Zeeshan Bin Md. Zhafran yang bermaksud kekuatan dan yang terhebat di majlis tahnik yang diadakan di kediaman mereka.
Fouziah mengumumkan nama puteranya ini melalui laman Instagram sejurus selepas selesai majlis tahnik tersebut.
“Assalamualaikum semua. Alhamdullillah baru selesai bertahnik untuk @Zhafoujr. Ingin saya kenalkan baby lelaki saya, Muhammad Zeeshan Bin Md Zhafran. Dilahirkan pada 26 November 2015, jam 11.37 pagi di DEMC Specialist Hospital. Zeeshan yang bermaksud kekuatan dan yang terhebat, nama pilihan kami. Terima kasih atas doa yang dipanjatkan selama saya berada di hospital sehingga hari ini.. Teruskan berdoa yang terbaik buat kami sekeluarga. Kami juga sentiasa mendoakan kesejahteraan buat anda semua semoga di bawah rahmat Allah swt,” ujarnya melalui kapsyen di laman Instagram.
EH! kongsikan gambar terkini anak Fouziah Gous dan suami.
[soliloquy id="91557"]