Oleh: Farhana Fuad
Gambar: www.star2.com
Sambutan buat filem arahan Syamsul Yusof yang berjudul Munafik ternyata menjadi sebuah filem blockbuster setelah membuat kutipan mencecah RM18 juta. Dek kerana sambutan hangat dari penonton yang bukan Melayu sahaja, anak kepada pengarah filem terkenal Datuk Yusof Haslam merancang untuk membuat sambungan buat filem seram arahannya ini.
“Alhamdulillah, selepas sambutan luar biasa ke atas filem Munafik, Syamsul kini menyatakan hasratnya untuk menghasilkan filem Munafik 2 pula. Penggambaran filem itu pula akan bermula pada hujung tahun ini. Disebabkan itu, kami melanjutkan seminggu lagi tempoh tayangan yang sepatutnya tamat pada minggu ini. Sementara di Malaysia dan Brunei, tayangan Munafik akan berakhir pada minggu ini,” ujar Datuk Yusof Haslam kepada Projek MMO.
Gambar: myinfotaip.com
Filem Munafik mendapat sambutan hangat sehinggakan terpaksa menambah lagi panggung untuk tayangannya yang menjadikan 120 buah panggung seluruh Malaysia. Munafik menampilkan lakonan Syamsul Yusof, Nabila Huda, Fizz Fairuz, Sabrina Ali, Pekin Ibrahim dan A.Galak.