Sikap Muse Raih Pujian Peminat
Meninjau ruangan komen, ramai netizen bersetuju dengan komen yang dikongsi dan turut memberi pandangan sama tentang kumpulan rock Inggeris itu.
“Muse dah berzaman buat jelajah dunia. Mereka tahu etika bila berada di negara orang. Tak macam kumpulan ‘tahun’ (The 1975) tu.”
“Mereka pernah datang Malaysia lebih daripada sekali dan tak kisah jayakan konsert di negara dunia ketiga. Jauh lagi terkenal daripada kumpulan satu lagi tapi tak pernah buat kecoh atau ada gosip buruk tentang mereka.”
“Walaupun persembahan mereka di kelas tertinggi, Muse terkenal dengan sifat merendah diri. Apabila dipuji ketika temuramah, mereka hanya gelak dan malu nak mengaku. Definitely men with class.”
Netizen lain sempat meluahkan rasa tidak sabar untuk menonton konsert Muse yang bakal berlangsung beberapa hari lagi. “Nak menangis rasanya sebab tak sabar nak jumpa Muse Sabtu ini,” tulis seorang peminat. Malaysia menjadi satu-satunya destinasi konsert jelajah kumpulan itu di rantau Asia.