Teks : Anis Hanini
Diambil dari isu November 2017
Figura terkenal ini memulakan karyanya dalam bidang seni sebagai seorang pelawak namun dia mula menonjolkan sisi yang lebih serius bermulanya penglibatan diri di sebalik tabir.
Workshop yang disebut oleh Nabil ini bakal menampilkan beberapa pelakon berpengalaman tempatan sepeti Que Haidar, Sharifah Amani, Khir Rahman dan ramai lagi untuk mengajar pelakon-pelakon baru teknik berlakon serta cara mempelajari skrip.
“Untuk workshop ini, saya ada satu quote iaitu This is where you learn, this is where you act. Saya berharap dengan workshop ini mereka dapat belajar dan berlatih dengan mereka yang handal jadi sebaik sahaja tiba di set penggambaran, mereka tahu apa yang mereka perlu lakukan. Kami buka untuk semua pelakon, tidak kira pelakon baru ataupun pelakon tambahan. Bagi saya, saya ingin membantu industri ini berkembang. Tanya diri sendiri, adakah anda ingin menjadi pelakon tambahan sehingga tua?” jelas Nabil lagi.
Fokusnya pada Nabil Production membuatkan saya tertanya tentang statusnya sebagai seorang pengacara.
“Adakah Nabil masih lagi terlibat dalam bidang pengacaraan walaupun sibuk di sebalik tabir?”
“Ya, masih lagi! Pada bulan Oktober 2017, saya akan mulakan musim baru Gegar Vaganza. Bagi saya menjadi pengacara untuk rancangan televisyen yang popular agak sukar kerana kami perlu sentiasa hadir dengan idea segar untuk membuat penonton terus menonton rancangan ini pada setiap minggu. Pabila saya bermula di Gegar Vaganza, saya cuba cetus kemarahan orang ramai agar saya dapat dilihat sebagai seorang pengacara televisyen. Saya enggan hanya naik ke pentas dan baca skrip sahaja kerana siapa-siapa sahaja dapat mengambil tempat anda jika anda tidak membawa kelainan,” jawab Nabil.
“Adakah ini akan mencetus marah di kalangan penerbit rancangan?” tanya saya, curiga dengan pendapat Nabil.
“Tidak! Mereka mendapat rating yang bagus, trafik di laman sosial juga bagus, kadang kala ia boleh menjadi viral. Walaupun saya dapat kecaman saya percaya even bad publicity is still publicity. Saya tidak kisah kerana saya kenal siapa diri saya. Pabila di atas pentas, itu Nabil seorang pengacara. Di rumah saya Nabil seorang bapa. Pabila saya menjadi hos, saya tidak kisah dengan apa orang kata tentang saya. I’m open for that. Dan di setiap show juga saya cuba mencari kesalahan orang lain, hanya kerana saya mahu cipta chemistry dengan peserta. Di belakang tabir kami semua baik sahaja. Saya tahu minggu ini kita bergaduh, mungkin minggu hadapan setelah saya meminta maaf, kami akan berbaik kembali. Namun jika anda tidak maafkan saya, itu masalah anda. Whatever I’m doing right now is just for the sake of the show. Chris Rock pernah berkata ‘Jika anda tidak bermakna bagi saya, jadi kata-kata anda tidak akan mengguriskan hati.’ Bahkan situasi ini sama di laman sosial, orang ramai kecam saya namun saya tidak menganggapnya satu masalah kerana I’ve already had that idea in mind,” ujar Nabil lagi.