Musim panas terakhir bakal tiba. Siri popular ‘The Summer I Turned Pretty’ kembali dengan musim ketiga dan kali ini, ia penamat segalanya.
Kita kembali ke Pantai Cousins buat kali terakhir. The Summer I Turned Pretty, drama pelbagai generasi yang juga merupakan kisah kedewasaan tentang Isabel “Belly” Conklin, akan kembali untuk musim ketiga dan terakhir pada hari Rabu, 16 Julai di Prime Video. Walaupun tiada apa yang boleh diraikan tentang penamat siri ini, berita baiknya adalah musim ketiga akan menampilkan lebih banyak episod, sebanyak 11 keseluruhannya berbanding musim pertama dan kedua.
Adakah semua episod The Summer I Turned Pretty musim ketiga akan ditayangkan serentak?
Tidak. Prime Video mengumumkan bahawa dua episod akan ditayangkan pada hari pelancaran, iaitu Rabu, 16 Julai 2025. Selepas itu, satu episod baharu akan ditayangkan setiap hari Rabu sehingga episod akhir siri ini pada Rabu, 17 September 2025.
Ini merupakan berita baik untuk penonton yang ingin menikmati musim terakhir ini secara perlahan-lahan tanpa perlu terburu-buru menghabiskannya sekaligus. Namun begitu, bagi peminat yang lebih gemar format tayangan secara maraton (binge-release), berita ini mungkin mengecewakan. Walaubagaimanapun, jadual ini konsisten dengan musim-musim terdahulu yang juga ditayangkan secara mingguan.
Sementara itu, Jennifer Salke (ketika itu ketua Amazon MGM Studios) mengumumkan bahawa musim ketiga akan ditayangkan pada musim panas 2025, tetapi tidak menyatakan bahawa musim ini akan menjadi yang terakhir. Dalam pembentangan Upfront untuk Prime Video, Salke disertai oleh pencipta, penerbit utama dan penulis The Summer I Turned Pretty, Jenny Han, serta pelakon utama siri ini: Lola Tung, Christopher Briney, dan Gavin Casalegno.
Berapa jumlah episod untuk musim ketiga?
Musim ketiga akan mempunyai 11 episod berdurasi satu jam setiap satu. Sebagai perbandingan, musim pertama hanya mempunyai tujuh episod, manakala musim kedua mempunyai lapan episod.
Apa Lagi Yang Kita Tahu Tentang Musim Ketiga?
Berikut sinopsis rasmi untuk musim terakhir:
“Kini penghujung tahun ketiga Belly di kolej, dan dia menantikan satu lagi musim panas di Cousins bersama jiwa sejatinya, Jeremiah. Masa depannya kelihatan sudah terjamin — sehinggalah beberapa peristiwa besar yang mengubah segalanya membawa cinta pertamanya, Conrad, kembali ke dalam hidupnya. Kini di ambang kedewasaan, Belly berada di persimpangan dan perlu membuat keputusan: mana satu yang benar-benar memiliki hatinya? Musim panas ini tidak akan pernah sama lagi…”
Para Pelakon
Musim ini, pelakon Lola Tung, Christopher Briney, Gavin Casalegno, Jacky Chung, Sean Kaufman, Rain Spencer, Lily Donoghue, Sophia Bryant, Joe de Grand’Maison, Tanner Zagarino and Emma Ishta akan dilihat dalam musim ketiga ‘The Summer I Turned Pretty.’
Musim Akhir Diketuai oleh Jenny Han dan Sarah Kucserka
Musim terakhir ini akan diterajui oleh showrunners Jenny Han dan Sarah Kucserka. Selain itu, Han, Kucserka, dan Karen Rosenfelt turut berperanan sebagai penerbit eksekutif, bersama Hope Hartman, Mads Hansen, dan Paul Lee untuk syarikat produksi Wiip. Siri ini merupakan hasil kerjasama antara Amazon Studios dan Wiip.
Baca: Di Sebalik Lirik Justin Bieber Buat Hailey dan Jack Dalam Album Baharunya, SWAG