Horror freaks! Anda sudah boleh mula stalk filem baharu dan simpan duit untuk beli popcorn. Halloween bakal tiba, jadi memang ada alasanlah untuk anda kembali ke kerusi panggung dan uji sejauh mana kekuatan mental anda semasa menonton filem seram.
Menariknya, pilihan kali ini bukan filem yang penuh dengan jumpscare semata-mata. Ada kisah entiti supernatural, makhluk yang menganggu realiti, survival dalam perut paus hinggalah lagenda werewolf yang gore dan brutal.
Jadi, sebelum watchlist anda penuh dengan cerita yang sama, ini antara filem baharu yang boleh ditonton untuk musim Halloween nanti.
Never After Dark – 25 September 2026
Kalau rumah terpencil, roh misteri dan medium yang boleh berkomunikasi dengan dunia ghaib sudah cukup untuk buat anda meremang dan kalau anda seseoarang yang mempunyai sifat ingin tahu yang sangat tinggi, Never After Dark mungkin boleh jadi pilihan pertama.
Dibintangi Moeka Hoshi, Kurumi Inagaki, Kento Kaku dan Tae Kimura, filem arahan Dave Boyle ini mengikuti seorang medium yang dipanggil untuk menghalau entiti misteri dari sebuah rumah.
Namun, semakin dia menyiasat sejarah rumah tersebut, semakin banyak perkara mengerikan mula terbongkar. Kalau suka atmospheric ghost story yang perlahan tetapi creepy, jangan skip yang ini.
Other Mommy – 9 Oktober 2026
Apa yang lebih seram daripada makhluk supernatural? Makhluk yang menyerupai orang tersayang. Other Mommy mengisahkan seorang ibu yang cuba melindungi anak perempuannya daripada entiti misteri yang mempunyai rupa sepertinya.
Diarahkan oleh Rob Savage dan dibintangi Jessica Chastain, filem ini diadaptasi daripada novel Incidents Around the House karya Josh Malerman. Dengan gabungan psychological horror dan supernatural, filem ini sesuai untuk anda yang suka cerita yang buat rasa tak sedap hati walaupun tiada jumpscare.
Whalefall – 16 Oktober 2026
Siapa yang ada fobia dengan air, filem ini sesuai untuk mencabar mental anda. Whalefall mengikuti seorang penyelam yang terperangkap selepas ditelan seekor paus sperma gergasi.
Dibintangi Austin Abrams, filem ini lebih kepada survival thriller yang menguji sejauh mana seseorang boleh bertahan apabila terperangkap dalam situasi yang hampir mustahil.
Dengan masa dan bekalan oksigen yang terhad, setiap minit menjadi perlumbaan untuk terus hidup. Kalau anda cepat sesak nafas tengok filem survival, mungkin kena fikir dua kali sebelum tekan play!
Clayface – 23 Oktober 2026
Peminat DC, this one’s for you. Clayface bakal membawa watak villain terkenal Gotham ke sisi yang lebih gelap menerusi genre horror thriller.
Filem arahan James Watkins ini menampilkan Tom Rhys Harries sebagai Matt Hagen, seorang lelaki yang kehilangan segala-galanya selepas mengalami kecederaan teruk.
Satu rawatan canggih kemudiannya memberikan harapan untuk mendapatkan semula kehidupan lamanya. Tetapi, perubahan yang berlaku mula menjejaskan kewarasannya dan membawa kepada obsesi serta dendam.
Kalau anda suka superhero universe dengan darker twist, boleh masukkan filem ini dalam senarai mesti tonton.
Werwulf – 25 Disember 2026
Halloween mungkin dah lama berlalu, tetapi Robert Eggers nampaknya belum habis dengan vibe seram..
Werwulf membawa penonton ke England pada abad ke-13 dan mengikuti seorang petani yang menyimpan rahsia bahawa dirinya berubah menjadi werewolf setiap kali bulan penuh.
Lebih memburukkan keadaan, sekumpulan pemburu diraja tiba di kawasan tersebut untuk memburu serigala. Dibintangi Aaron Taylor-Johnson dan Lily-Rose Depp, filem ini menjanjikan gabungan folk horror, folklore dan dark atmosphere yang cukup sinonim dengan karya Eggers.
Kalau anda peminat cerita werewolf yang lebih gloomy dan brutal, 25 Disember nanti jangan lupa tandakan kalendar anda!
Artikel Berkaitan: Filem di Pawagam yang Worth Watching Bulan September
