Muzikal MUD The Story of Kuala Lumpur yang bakal berakhir pada 30 April ini bakal mengambil tempat di teater ikonik yang sudah menjangkau usia 113 tahun iaitu Panggung Bandaraya.
Selama tiga tahun berlangsung dan kini ia semakin tiba di penghujungnya. Muzikal MUD dipentaskan oleh syarikat Enfiniti (M) Sdn.Bhd yang mana merupakan syarikat yang pernah memenangi anugerah seni dan hiburan yang diasaskan oleh Tiara Jacquelina.
Antara teater lain yang turut dipentaskan oleh Enfiniti adalah Puteri Gunung Ledang, P.Ramlee The Musical dan kini MUD yang mana sebuah teater muzikal terpanjang di Malaysia.
MUD merupakan sebuah teater muzikal yang membawa mesej kuat akan aura perpaduan di Malaysia yang berbilang bangsa. Muzikal ini adalah hasil kolaborasi antara DBKL dan Enfiniti. Ia menceritakan tentang sejarah ibu kota serta kehidupan awal bapa kita.
Penonton dapat menyaksikan persembahan bersejarah serta kebudayaan yang tersemat di dalam ibu kota ini. Bukan itu sahaja, bahkan persembahan MUD ini adalah yang muzikal yang pertama diadakan dengan 2,000 persembahan serta mempunyai pelakon yang dibayar untuk bekerja sepenuh masa.
MUD yang membawakan pelakon-pelakon berbilang bangsa nyata melambangkan demografi 1Malaysia yang menjadikan ia satu persembahan yang unik dan menarik perhatian penonton-penonton antarabangsa.
Jangan lepaskan peluang untuk menonton muzikal MUD The Story of Kuala Lumpur sebelum ia berakhir. Penonton akan menerima item istimewa MUD sementara stok masih ada. Tiket ke teater muzikal ini boleh didapati di kaunter Panggung Bandaraya yang dibuka dari jam 10 pagi hingga 9 malam atau boleh layari www.mudkl.com untuk maklumat lanjut.