Meskipun impian untuk menemu bual Ryan Gosling tidak tercapai, dipilih menjadi pengacara di karpet merah Anugerah Akademi ke-89 (OSCAR) sudah membuatkan Nabil Ahmad bersyukur atas peluang yang diberikan.
Acara penganugerahan tahunan yang gilang-gemilang ini berlangsung terus dari Dolby Theatre Hollywood California. Nabil tidak menyangkal yang dirinya cukup teruja pabila berpeluang berjumpa dengan ramai bintang ternama dunia.
Biarpun tidak dapat memasuk ke dewan tersebut, Nabil sudah cukup berpuas hati. Ketika acara karpet merah berlangsung, Nabil dikatakan dapat bertemu dengan Nicole Kidman, Salma Hayek, Denzel Washington, Emma Stone dan Jackie Chan.
Nabil yang ditemu bual oleh para media menerusi Skype di satu sidang tontonan eksklusif anugerah Oscar yang diadakan oleh HBO Asia itu menyatakan yang mana ia adalah satu yang menakjubkan serta menyeronokkan.
“Alhamdulillah, saya dapat menemubual mereka, cuma tidak dapat bersemuka dengan Ryan Gosling,” katanya menerusi laporan BH Online.
Ryan Gosling sememangnya menjadi tumpuan ramai dan disebabkan itu, aktor filem La La Land ini berjaya memasuki dewan utama tersebut tanpa diketahui pihak media.
Dalam kesibukan, Nabil sempat berswafoto di lokasi karpet merah Oscar demi merakam momen-momen bermakna buat dirinya itu di sana.
https://www.instagram.com/p/BQ_O8gKgJLD/?taken-by=nabilzira&hl=en
https://www.instagram.com/p/BQ_TqlRAkS6/?taken-by=nabilzira&hl=en
https://www.instagram.com/p/BRAHT5ZAx6X/?taken-by=nabilzira&hl=en
Nabil turut berharap agar dirinya terpilih sekali lagi untuk menjadi hos karpet merah terus dari anugerah Oscar pada tahun hadapan. Pelawak dan pengacara ini terbang ke Hollywood pada Jumaat lalu ditemani isterinya dan kru produksi.