Di dalam kesibukan kerja kahwin selebriti-selebriti Malaysia, kami ada mengharapkan pasangan yang secocok ini akan naik pelamin satu hari nanti. Bukannya apa, mereka memang sepadan dari segi fizikal dan personaliti. Namun begitu, nampaknya perhubungan cinta Nabila Huda dan DJ Nas-T sudah sampai ke penghujungnya.
NORA DANISH BERCERITA TENTANG PERKAHWINAN KEDUA >>
Gambar: instagram Nabila Huda
AMAR ASYRAF KAHWIN MENGEJUT >>
Nabila baru sahaja memuat naik gambar dengan ucapan selamat tinggal kepada bekas kekasihnya itu dan menyatakan yang mereka akan terus menjadi kawan baik kerana mereka berdua lebih sesuai menjadi rakan daripada pasangan kekasih. Mereka masih serasi bersama tetapi bukan sebagai pasangan kekasih.
JOSIAH HOGAN KAHWIN KALI KEDUA >>
Gambar: instagram Nabila Huda
CINTA TWITTER ZAHID DAN SARAH >>
DJ Nas-T turut berjanji akan sentiasa bersama dengan Nabila walau apa pun yang terjadi. Dia mengatakan yang dia lebih suka Nabila menjadi kekasihnya kerana Nabila telah melengkapkan kehidupannya. Namun begitu, mungkin mereka lebih menyayangi persahabatan mereka dan mungkin inilah keputusan yang terbaik untuk mereka berdua. Kami doakan Nabila dan Nas-T terus bahagia bersama walaupun kini mereka mempunyai status yang berbeza.