Oleh: Farhana Fuad
Gambar: EH! dan Todak Merah
Bertarikh 25 Disember 2015, Jumaat, dengan sekali lafaz, Nabila Huda selamat diijab kabulkan bersama pasangannya, Mohd Izwan Johar. Majlis akad nikah kedua-dua pasangan ini dilangsungkan 9.20 pagi tadi yang bertempat di Dewan Nikah, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Ianya dihadiri keluarga kedua belah pihak serta beberapa orang rakan media. Majlis akad nikah ini dilangsungkan secara sederhana. Nabila menghulurkan tujuh dulang hantaran dan di balas lima dari pihak lelaki.
Pasangan ini dinikahkan oleh jurunikah dari bahagian Jabatan Agama Islam Selangor dan berwalikan bapanya sendiri, Amy Search. Suami Nabila, Mohd Izwan merupakan seorang pengurus restoran, Kulcats yang terletak di Taman Tun Dr. Ismail.
Mohd Izwan menyerahkan RM300 kepada Nabila sebagai mas kahwin. Nabila sebelum ini pernah berkahwin dengan bekas suaminya, Zaidi Zailani pada tahun 2008 dan dikurniakan dengan seorang anak perempuan iaitu Keisha Laila yang kini sudah berusia lima tahun.
Nabila lengkap dengan persalinan dari pereka fesyen, Alia Bastamam.
EH! mengucapkan selamat melalui gerbang perkahwinan kepada Nabila dan suami. Semoga perkahwinan ini diberikan kebahagiaan dan dirahmati sentiasa.
EH! kongsikan gambar eksklusif sekitar majlis pernikahan Nabila Huda dan Mohd Izwan Johar.
[soliloquy id="92208"]