Oleh: Farhana Fuad
Gambar: Instagram Nad Zainal
Sebelum ini kecoh desas-desus yang mengatakan Nad Zainal bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Kali ini, Nad mengesahkannya secara rasmi melalui laman Instagram miliknya.
Nad dan tunangnya bakal bernikah pada bulan Disember ini sekitar pertengahan bulan.
“Assalamualaikum. Ya benarlah khabar yang didengar dan kepada sesiapa yang mengenali secara peribadi atau tidak, jika saya pernah terguris atau menyakiti hati saya minta maaf dan saya berharap doa yang baik-baik sempena majlis yang bakal menjelang. Saya dan tunang bakal menamatkan zaman bujang pertengahan Disember ini. Doakan yang terbaik. Terima kasih untuk segala kritikan, sokongan selama ini. Terima kasih sekali lagi,” tulisnya di kapsyen gambarnya bersama tunang di dalam akaun Instagramnya.
EH! ucapkan tahniah pada Nad dan tunang. Semoga perjalanan menuju jinjang pelamin ini dipermudahkan dan diberkati.
[soliloquy id=”91669″]