Hasil siasatan mendapati, Park Min Young menipu dan menafikan dakwaan terima RM 800,000 dari bekas kekasih ke dalam akaun peribadi miliknya.
Dunia hiburan Korea dikejutkan dengan skandal yang melibatkan pelakon terkenal, Park Min Young yang di dakwa terlibat dengan pengubahan wang haram yang di jalankan oleh bekas teman lelakinya. Walaupun hubungan cinta antara Park Min Young dan ahli perniagaan, Kang Jong Hyun telah berakhir, namun pelakon tersebut di dakwa pernah menerima wang sebanyak RM 800,000 semasa mereka masih menjalin hubungan cinta.
Pelakon City Hunter itu telah tampil memberikan penjelasan bahawa dia tidak pernah menerima sebarang bentuk kewangan dari bekas teman lelakinya, Kang Jong Hyun, yang kini sedang menghadapi tuduhan menggelapkan wang sebanyak 60 bilion won.
Penjelasan ini muncul sebagai tindak balas kepada laporan eksklusif oleh Dispatch pada 15 Januari, yang mendakwa pelakon tersebut terlibat dalam skandal penipuan dan mendedahkan bukti menunjukkan pelakon wanita itu menerima 250 juta won atau RM 800,000 daripada Kang Jong Hyun.
Berdasarkan laporan, wang tersebut dilaporkan dihantar dari syarikat Kang Jong Hyun ke akaun peribadi milik pelakon cantik itu melalui tiga langkah berasingan. Pertama, wang tersebut diambil dari syarikat Kang Jong Hyun, kemudian diubahsuai untuk terlihat seperti pinjaman, dan akhirnya dihantar ke akaun Park Min Young dengan penyamaran sebagai perbelanjaan hidup.
Peminat memberi reaksi terhadap laporan Dispatch itu dengan ramai yang meluahkan rasa terkejut dan kecewa. Reaksi itu timbul kerana pernyataan terbaru dari Dispatch sangat bertentangan dengan kenyataan asal yang dikeluarkan oleh Park Min Young sendiri, yang sebelum ini telah menafikan sebarang keterlibatan kewangan dengan Kang Jong Hyun.
Park Min Young dengan tegas menafikan menerima sebarang sokongan kewangan daripada bekas teman lelakinya. Dia menjelaskan tiada sebarang transaksi kewangan yang berlaku antara mereka yang berkaitan dengan dakwaan yang dituduh. Pihak agensinya, Hook Entertainment, telah mengeluarkan kenyataan yang menyatakan, “Pelakon Park Min Young telah menjalani siasatan oleh pihak pendakwaan pada Februari 2023, berhubung isu Kang Jong Hyun yang menggunakan akaunnya dalam nama lain.
Jelas dinyatakan bahawa Park Min Young tidak menyertai sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang atau mendapat sebarang faedah yang menyalahi undang-undang. 250 juta won yang disebut itu digunakan oleh akaun Kang Jong Hyun, bukan sebagai perbelanjaan hidup Park Min Young,” Agensi itu menambah, “Park Min Young telah disalah erti selama lebih setahun kerana maklumat palsu. Walaupun begitu, dia menerima kritikan dan menyesali tindakannya itu, memberi lebih tumpuan kepada kerjaya lakonannya. Dia percaya bahawa menunjukkan lakonan yang baik melalui kerja yang baik adalah tugasnya sebagai seorang pelakon.
Sementara itu, menurut laporan Dispatch, Kang Jong Hyun dikaitkan dengan beberapa syarikat termasuk Vidente, Inbiogen, Bucket Studio dan Bithumb Live. Dia mula dikaitkan secara romantik dengan Park Min Young pada tahun 2022. Mereka mengakui hubungan mereka tetapi tidak lama kemudian mengumumkan perpisahan. Dalam perkembangan terkini, Park Min Young kembali ke layar kaca dengan drama terbaharu yang bertajuk Marry My Husband, di mana dia di gandingkan bersama Na In Woo.
Pada 15 Januari, Park Min Young mengambil langkah berani dengan memuat naik gambar di akaun Instagram miliknya, meluahkan rasa kecewa terhadap skandal yang melanda dirinya. Dalam penulisan yang penuh emosi itu, dia menulis, “Sick of it all. But now I believe that the truth always works and I have the heart to control the bullets. You don’t worry.”
Park Min Young, yang sebelum ini pernah menjalin cinta dengan bintang City Hunter, Lee Min Ho pada tahun 2011. Namun, selepas itu, ada khabar angin yang menyatakan dia mempunyai hubungan dengan Ji Chang Wook serta Park Seo Joon. Namun, setiap spekulasi tersebut telah dinafikan olehnya.
Artikel Berkaiatan: 10 Skandal Korea Yang Mengejutkan Dunia K-Pop