“Saya sebenarnya tidak menjangka akan tercalon dalam MTV EMA 2021. Pada awalnya saya seakan tidak percaya. Ini merupakan satu pencapaian terbesar buat saya sebagai penghibur.”
Lumrah untuk meletakkan sasaran sebagai juara, namun akui penyanyi berusia 24 tahun ini, dia tidak meletakkan harapan yang tinggi. Dicalonkan bersama barisan artis hebat lain sudah dianggap penghargaan besar buat dirinya.
“Pemenang dipilih berdasarkan undian. Saya masih belum menguar-uarkan secara meluas kepada kelab peminat untuk menjalakan gerakan mengundi kerana sedang sibuk bekerja.
“Jika ada rezeki, saya anggap ia sebagai bonus. Jika tidak, pencalonan ini masih menjadi sesuatu yang membanggakan buat saya sebagai penggiat seni,” ujarnya.