Sejak tiga bulan lalu, Priyanka dan Nick telah melakukan segalanya untuk memastikan perjalanan baharu mereka sebagai ibu bapa dilalui dalam keadaan penuh privasi.
Namun baru-baru ini bintang Baywatch itu terbuka berkongsi pandangannya sebagai ibu menerusi satu perbualan dengan pelawak Canada dan personaliti YouTube popular, Lily Singh.
“Saya tidak akan menerapkan keinganan saya, ketakutan dan cara didikan yang saya lalui kepada anak saya. Saya sentiasa percaya anak-anak datang melalui anda, bukan daripada anda.
“Tiada kepercayaan bahawa anda sebagai ibu bapa perlu membentuk segalanya mengenai diri mereka. Anak-anak datang melalui anda untuk mencari dan membina kehidupan mereka sendiri. Menyedari perkara ini amat membantu saya,” katanya.
Foto: Getty Images
Baca: 8 Selebriti Yang Menggunakan Khidmat Ibu Tumpang Selain Priyanka Chopra