Suga berkata, “Muzik dan bola keranjang merupakan minat saya sejak zaman muda. Dilantik menjadi Duta NBA adalah mimpi menjadi kenyataan. Saya teruja untuk ‘merasmikan’ hubungan dengan NBA. Malah tidak sabar mahu berkongsi beberapa kolaborasi menarik yang telah dirancang dalam beberapa bulan akan datang.”
“Kami teruja kerana dapat bergabung tenaga dengan Suga – pemuzik tersohor, ikon fesyen dan peminat tegar NBA. Kami tidak sabar mahu bekerjasama dengan Suga dan peminatnya untuk menyokong usaha berterusan kami dalam mengembangkan jenama ini,” kata Timbalan Pesuruhjaya dan Ketua Pegawai Operasi NBA, Mark Tatum.
September tahun lalu bintang tersohor itu menghadiri The NBA Japan Games 2022 Presented by Rakuten & Nissan yang menampilkan juara NBA Golden State Warriors dan Washington Wizards bermain dua perlawanan pramusim. Dia dilihat duduk di tepi gelanggang dan berkongsi momen istimewa di belakang tabir termasuk pertemuan dengan pemain serta legenda NBA. Terbaharu dia menghadiri perlawanan Dallas Mavericks di Los Angeles Lakers pada 12 Januari lalu.