Isteri kepada pelakon, usahawan dan pendakwah bebas Haris Ismail itu mendedahkan kehamilannya kali ini lebih mudah berbanding yang pertama. Walaupun tidak mengalami alahan yang teruk, ia bagaimanapun lebih mencabar disebabkan Bilal masih kecil.
“Saya akui kehamilan ini tidak mudah memandangkan saya pun aktif pergi ke sana sini dengan anak kecil. Tetapi saya bersyukur segala urusan dipermudahkan.
“Ada juga sedikit perubahan yang saya perlu buat tapi semuanya baik-baik saja. Dari segi perubahan bentuk badan, rasa, hormon dan banyak lagi. Tapi mereka yang telah banyak kali hamil sudah biasa dengan semua itu,” katanya.