Pejam celik, pejam celik Neelofa kini telah pun berada di fasa terakhir kehamilan.
Lapan bulan lamanya Neelofa mengunci mulut mengenai kehamilannya walau netizen hangat membuat spekulasi berdasarkan bukti-bukti yang tular di media sosial.
Kini isteri kepada pelakon dan pendakwah bebas, Haris Ismail itu dilihat terbuka berkongsi pengalamannya sebagai ibu hamil dan persiapannya dalam menyambut ketibaan cahaya mata sulung yang bakal lahir tidak lama lagi.