Sama seperti kebanyakan bakal ibu lain, Neelofa mengakui sedikit gementar dengan detik kelahiran yang bakal ditempuhinya.
“Sekarang ini saya sedang menghitung hari, bila-bila masa sahaja akan bersalin. Berita kelahiran akan kami umumkan kelak.
“Saya akui agak gementar mahu melalui proses kelahiran. Insya-Allah kalau diberikan rezeki, saya mahu bersalin secara normal dan Haris akan menemani saya nanti,” katanya.