Tambahnya, segala persiapan dan kelengkapan menyambut kelahiran cahaya mata sulungnya juga telah siap sepenuhnya.
“Barangan keperluan bayi sudah lengkap dan nama juga sudah dipilih, Alhamdulillah,” jelasnya yang mendedahkan akan melahirkan bayinya di Kuala Lumpur.
Dari segi persiapan mental dan fizikal untuk bergelar ibu, pengasas Naelofar itu mengakui banyak membaca buku panduan serta meminta tip dan nasihat daripada ahli keluarga.