Sama seperti ibu bapa lain yang teruja menantikan kehadiran anugerah terindah dalam hidup, Neelofa dan Haris juga mempunyai idea dan konsep jelas untuk mendidik cahaya mata mereka.
Walau hidup diselimuti populariti, pasangan itu berharap dapat membesarkan ‘amanah’ yang diberi secara bersederhana dan mengikut ajaran Islam.
“Kemasyhuran ini kadang kala ada kebaikan, kadang kala ada keburukan. Jadi kita hidup secara bersederhana atau wasatiyyah, dalam cara yang diberkati. Walau ibu bapanya dikenali ramai, impian kami adalah untuk melihat anak ini membesar dalam didikan Islam,” kata Haris.
Foto: Naelofar
Baca: Perkongsian Haris Ismail Mengenai Kehamilan Neelofa Mengujakan Peminat