Selebriti dan ahli perniagaan terkenal, Neelofa dikhabarkan telah menyumbangkan 15 buah katil elektronik kepada Hospital Melaka untuk kegunaan pesakit Covid-19 di hospital tersebut.
Berpandukan satu perkongsian di Instagram @abu_hudzaifah78 pemilik akaun tersebut berkongsi rasa terharu dan syukur atas sumbangan yang diberikan Neelofa dalam membantu Hospital Melaka menguruskan kes Covid-19.
Dalam muat naik tersebut Abu Hudzaifah menulis “Alhamdulillah…terima kasih tidak terhingga kepada Puan Neelofa atas sumbangan katil elektronik untuk kegunaan pesakit Covid di Hospital Melaka. Semoga Allah mengganjari amal jariyah ini dengan pahala dan kebaikan di dunia dan akhirat. 15 katil itu telah ditempatkan di zon Dekon Hospital Melaka dan telah digunakan sepenuhnya serta merta untuk merawat pesakit Covid 19.
Dari Ibn Umar r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Muslim itu saudara bagi Muslim yang lain, dia tidak menzalimi saudaranya dan tidak juga membiarkan dia dizalimi. Barangsiapa yang memenuhi hajat saudaranya maka Allah akan memenuhi hajatnya. Barangsiapa yang menghilangkan musibah kesusahan yang perit dari seorang Muslim, maka Allah akan hilangkan juga darinya kesusahan dan keperitannya pada hari Kiamat. Barangsiapa yang menyembunyikan aib saudaranya maka Allah akan sembunyikan aibnya pada hari Kiamat.”
-Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Jazakallahu khairan katsira.”
Terlebih dahulu pada bulan Mei lalu, Neelofa menerusi yayasan miliknya iaitu Pertubuhan Kasih Neelofa telah melancarkan Tabung Kecemasan Covid-19.
Objektif utama Tabung kecemasan tersebut adalah untuk memberi ruang kepada sesiapa yang berhajat memberi bantuan kepada mereka yang lebih memerlukan di saat negara kita senda dilanda dengan wabak virus Covid ini. Dalam satu hantaran di Instagramnya, Neelofa mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia atas keikhlasan mereka untuk membantu mana-mana individu yang dilanda ujian.
Artikel Berkaitan: #EHklusif: 8 Soalan Bersama Alia Bastamam, Pereka Gaun Kahwin Neelofa