Perhubungan cinta Yuna dan Qi masih diperkatakan walaupun mereka sudah berpisah. Mungkin ramai yang merasakan pasangan ini secocok dan tidak dapat menerima perpisahan mereka. Namun begitu, setelah berpisah, Yuna dikatakan rapat dengan seorang jejaka Inggeris, Julian Schratter dan cinta Qi pula katanya sudah beralih arah kepada seorang pelakon cantik, Nelydia Senrose. Qi dan Nelydia turut berani berkomunikasi secara terbuka di laman sosial Twitter, seperti mengiakan khabar angin mengenai mereka berdua.
JULAI PILIHAN ROZITA DAN ZAIN? >>
HANS DAN NEELOFA BINCANG SOAL KAHWIN >>
Gosip ini menjadi semakin panas apabila Nelydia dikatakan menjadi punca perpisahan Qi dan Yuna. Menjawab dakwaan itu kepada akhbar Utusan, pelakon yang popular melalui drama bersiri Setia Hujung Nyawa ini telah menafikan khabar angin tersebut. Menurut Nelydia, dia bukan seorang perampas dan dia baru sahaja rapat dengan Qi sejak dua bulan yang lalu.
DEFINISI TEMUJANJI ROMANTIK ADAM LEVINE >>
CINTA REMY DAN MAYA MULA BERPUTIK? >>
Qi yang sukakan perempuan yang pandai memasak, tidak pernah menceritakan sebab perpisahannya dengan Yuna kerana mereka masih belum serius untuk berkongsi sebarang kisah peribadi. Nelydia turut menjelaskan dia tidak pernah berhubung dengan Qi ketika selebriti itu masih bersama Yuna. Buat masa sekarang mereka berdua lebih selesa berkawan. Keselesaan mereka berkawan terserlah apabila melihat tweet Qi yang begitu mengambil berat terhadap Nelydia. Tengok sahaja di bawah ini. Caring kan?